PENGENALAN


NADI MAJU ELECTRIC & PLUMBING adalah sebuah syarikat persendirian milik BUMIPUTRA yang mengendalikan kerja-kerja khusus di bidang ELEKTRIK serta PERPAIPAN.

Di daftarkan pada 16hb. Oktober 1994, syarikat ini telah beroperasi penuh sejak awal dengan mengendalikan pelbagai projek berkaitan, yang besar mahupun yang kecil di bidang PERKHIDMATAN dan juga PEMBEKALAN.

NADI MAJU ELECTRIC & PLUMBING telah dinaikan taraf kepada NADI MAJU ELECTRIC & PLUMBING SDN. BHD.(Co.No.:568705-T) berkuatkuasa mulai pada 01hb. Januari 2002 untuk mengembangkan lagi bidang kuasa.

NADI MAJU ELECTRIC & PLUMBING SDN. BHD. telah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SIJIL SSM), SURUHANJAYA TENAGA MALAYSIA (SIJIL ST), PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR (SIJIL PKK) DENGAN TARAF BUMIPUTERA (SIJIL PKK BUMI), LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (SIJIL CIDB), KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (SIJIL KKM), VENDOR TENAGA NASIONAL BERHAD (SIJIL TNB).
Scan QR Code ini dengan Smartphone / Tablets anda
menggunakan Apps Google Googles

Dengan pengalaman mahir dalam pengendalian kerja-kerja elektrik Sistem Voltan Rendah (SVR) dan Sistem Voltan Tinggi (SVT) serta pengetahuan selama lebih 20 tahun yang terdapat pada pemilik syarikat ini merupakan aset paling bernilai yang akan banyak menyumbang ke arah kemajuan dan pencapaian syarikat.

Antara yang melanggani perkhidmatan kami termasuklan syarikat-syarikat swasta,Badan-Badan Kerajaan serta Badan-Badan Berkanun.

Disamping terus berusaha meningkatkan kualiti kerja, syarikat NADI MAJU ELECTRIC & PLUMBING SDN. BHD. telah menambah kemudahan jentera serta sentiasa membaik pulih jentera sedia ada .Pihak syarikat juga sedang merancang untuk menambah lagi bidang di dalam skop perniagaan iaitu SISTEM PENDINGIN HAWA dan MOTORWORKS.

Dengan segala kemudahan yang ada pada syarikat adalah menjadi harapan dan cita-cita kami untuk memberi perkhidmatan yang paling memuaskan kepada semua pelanggan-pelanggan syarikat NADI MAJU ELECTRIC & PLUMBING SDN. BHD.